Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - 10 Disember 2018 (38 Kekosongan)
Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Latar Belakang
MPOB adalah agensi kerajaan yang terulung diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.
MPOB adalah agensi kerajaan yang terulung diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.
Related
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29) - 38 Kekosongan
Kelayakan:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Kelayakan akademik:
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00) ; atau
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95) ; dan
Lulus dengan kepujian bagi Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan kepada calon yang berwibawa dan berpengalaman dalam bidang pertanian.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengumpulan maklumat, pengauditan, khidmat nasihat kepada pelanggan berkaitan dengan Pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Permohonan:
i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja.
ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.
iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
iv) Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Disember 2018 Jam 5.30 Petang
v) Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Disember 2018
Klik Untuk Baca Iklan Lengkap
0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - 10 Disember 2018 (38 Kekosongan)"
Catat Ulasan