Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) - 9 Feb 2019
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman, Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19
2. PEMBANTU PENILAIAN W19
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) N19
4. PEMBANTU KENDERAAN GRED H11
5. PEMBANTU AWAM GRED H11
Sebelum atau pada 09 Februari 2019 (Sabtu)
2. PEMBANTU PENILAIAN W19
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) N19
4. PEMBANTU KENDERAAN GRED H11
5. PEMBANTU AWAM GRED H11
Sebelum atau pada 09 Februari 2019 (Sabtu)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah Penubuhan
MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.
Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.
Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.
0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) - 9 Feb 2019"
Catat Ulasan